Assalamualaikum w.b.t.
Aku mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana blog ini telah dapat dipublish di alam siber ini. Sekalung penghargaan kepada Lawyer, Lily Shazreena kerana beliaulah yang telah bertungkus lumus selama 8 hari 8 malam untuk memakan durian, oopss.. mewujudkan blog ini.
Tujuan blog ini diadakan adalah bagi mengumpulkan kembali rakan-rakan kita yang berada entah di mana agar dapat dihimpunkan supaya kita dapat melaksanakan agenda kita yang seterusnya. Aku percaya ramai di kalangan kita yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Ada yang telah berlaki, ada yang telah berbini dan ada pula yang telah beranak. Huhuhu...
Justeru, perlu bagi kita untuk kembali berjumpa sesama kita. Kenangan tahun 1992 dahulu, amat kita kenangi. Nostalgia itu takkan dapat kita lupakan. Apakah kita perlu membiarkan sahaja kenangan itu berlalu? Tidak wahai kawan-kawanku. Kita perlu kembali mewujudkan kenangan itu. Walhasil, satu reunion perlu diadakan bagi menjalinkan ukhwah kembali.
Jika anda ada sebarang kemusykilan, pandangan atau cadangan. Sila hubungi aku di talian, 013-3919710 atau emelkan ke reformist101@gmail.com atau layari komuniti forum aku di http://www.mymesra.net.my/forum
Ataupun hubungi tuan punya blog iaitu Lily Shazreena. So, aku harapkan kepada semua agar dapat mewar-warkan blog ini kepada rakan-rakan 6 Maskot M4 yang lain. Kepada Abang Zack, dah berapa orang agaknya anak abang ek...
That's all for tonite, I will update anything about our reunion program later and please if you want to be an author in this blog, just e-mail to lilyshazreena@yahoo.com.
Thanks folks.
Ahmad Azri
This entry was posted
on 7:15 AM
and is filed under
6M4,
reunion
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
2 comments