Ramadhan Bulan Keberkatan  

Posted by Zaryr

Assalamualaikum..
bersempena kedatangan Ramadhan, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah Puasa kepada semua rakan2. Semoga Ramadhan pada tahun ini memberi lebih keberkatan dan rahmat pada hamba yg sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya.
besides, it's good to see more and more people are joining this blog.. insyaallah sekiranya lebih ramai yang menyertai blog ni, mungkin kita buleh sebarkan maklumat berkenaan mini-reunion dan lain2 menerusi blog ini... senang dan pantas.. hehehe... apa kata, bersempena ramadhan tahun ni, kita adakan majlis berbuka puasa tidak rasmi untuk bekas pelajar 6M4.. venue tak semestinya have to be grand.. berbuka kat kedai biasa pun tak kisah..tarikh mungkin buleh di bincangkan bersama.. yg penting, ramai2 kumpul.. anyway, terpulang pada keputusan semua, it just my 2cent...
Jumpa lagi di lain masa...

boleh jadi tak????  

Posted by Anonymous

hi u olssssssss............

rentetan dari post "misi menjejak" dari webmaster tu...korang rasa selain azizah, 1 lg nama yg missing bleh jadi MOHD HANAFI tak? cuba ingat balik. tetiba nama dia ting ting kat kepala otak.
dia group dgn sapa mmg tak ingat. tp rasanya dia suka pakai spek itam kalo borink2 dlm kelas.
ayie...ko rasa dia kew 1 lg nama yg ko tak ingat tuh?

p/s : arini 30.8.08 besday baby zulaikha...oh yer...happy belated birthday to zaryr...10 ogos...btul kan? hehehehe.....

 

Posted by Lily



'Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak! Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain'

iANy dah dijejaki.... (",)  

Posted by Anonymous

Assalamualaikum....

At last...ni baru berpeluang mencoret sesuatu. But still budak kecik datang and would like to sit together. Takut mommy dia taip benda lain kot. Wakakaka...

Mana nak mula ek...ok...citer skit ttg diri sendiri la. I'm married..to a man yg i jupe kat FRIENDSTER !! Nama dia Khairul. hehehe...tak caya? This is true story. Nikah 1st Dec 2006 & sanding on 2nd Dec 2006. Gambar kawen bleh tgk kat friendster. Next time I tampal kat blog nih. Thanx to Cikgu Zack, Cikgu Norhadiah & anaknya, Efa & Fauzi (senior kita) sbb dtg memeriahkan majlis. Masa tu Ilah pun datang dgn hubby & anak dia. Sapa lg yg dtg...tak sempat nak jumpe. Yang tak terjemput lagi ramai...minta maaf sgt2...Masa tu takde blog ni...tu yg payah nak jejak korang tu...hehehe

Skrg I dah ada sorang baby girl yg akan sambut 1st besday on this 30th August 2008. Nama dia...Nureen Zulaikha. 2nd baby? hmm....on the way...now 3 bulan dlm perut. wah....rezeki jgn ditolak...kang Tuhan tak bg langsung baru tau...

Serba sedikit masa kat 6 Maskot M4 dulu...penah jadi setiausaha kelas kot. sbb kalo nak gi rombongan, selalu jadi typewriter. dok dlm kumpulan Pan Pan. sapa yg dlm group tu ek? kalo tak silap, Ilah, Syukri, Nurul Huda...alamak, lagi dua orang dah tak ingat sapa. sori...tp yg nyata, I tak duduk sebelah Zaryr ok? takkan la cikgu nak bg i dok sebelah dia...hahahah...eh, bukan ejaan nama u is ZARIR ker? wah...

Bercerita tentang kenangan masa kat sekolah dulu...tak banyak sbb I ni mungkin orang yg pasif waktu tu. Ala2 pendiam jugak rasanya...Paling ingat, wakil sekolah gi pertandingan melukis...tu jer la kot...Menang tu ada la sekali dua...Tapi jgn marah bila setiap kali kelas lukisan, lukisan I akan ditampal kat belakang kelas. hehehe...hmm...eh, takpe ek guna I-you. Dah terbiasa dgn hubby pun ckp cantu. lagipun ringkas.

Selain tu, projek lukis mural peribahasa kat dinding setiap kelas. Ada lagi ker benda tu skrg? mcm dah takde jer...kenangan lain yg korang cerita, mmg I masih ingat. tp yg gi umah Cikgu Zack (sampai sekarang takleh nak panggil dia abg Zack) tu mmg tak join. Umur 12 tahun terlalu muda utk I ikut kawan2 gi mana2. tido umah orang lak tu. oh tidak....masa tu dah kira anak dara dah I nih....

Apa lagi nak taip ni ek? stop dulu la...sambung lagi jap lagi or esok or minggu depan...susah nak dpt free time...siang keje, mlm urus umah, urus anak & daddy dia...wanita yg dah berkahwin tentu faham...senang2 lawatlah www.krazl.com ek....ok bubye....

Misi menjejak...  

Posted by Lily

Hi..

Good, the more the merrier...Well, a mission to accomplish...Misi menjejak kawan2 yang tak join lagi blog ni...namely:-

Lily Idayu; Mohd Syahman; Ahmad Rasdi; Hafez; Nurilyani; Iman; E'fa; Rahman; Siti Nadiah; Najib; Syukri; Norashidamayati; Syed Endy; Rabiatul Adawiyah; Fauzi; Nor Faizura; Norohaimey; Hasrina; Roslinda; Melati; Azilah; Noor Al Azwa; Puteri Nurul Huda; Nurul Huda Ariza; Malasuria; Azamuddin.

Note: Thanks to Ayie for having a superb memory recalling the names. According to him, 2 nama missing (one he remembered mak orang tu punya nama...apa da...) Care to point out who?

bak cendawan yg tumbuh melata...setelah hujan  

Posted by ibuaulia

bile tiba time free nie..(w/pun ade byk lg keje sebenarnye) mula la tangan ni gatal nak menaip huruf2 di keyboard yg usang ni..(bila la kolej nak kasi laptop baru)
korg still ingat x abg zack ajar ape?
x silap haku dia ajar b.m. kan..
haku rase haku ingat lg kita dpt list of essay questions..
essay yg first sekali is about surat khabar kot x pun about media massa..
entah la..tapi first paragraph sume org lebih kurang je..
mesti ada pasal cendawan yg tumbuh melata setelah hujan berhenti...hahaha
korg ingat lagi x?
essay haku tu baper kali edit da...
x lepas2...
tapi alhamdulillah berkat usaha abg yg x jemu2 menyuruh haku wat balik essay tu berkali2
haku dpt A for my b.m.
cakap2 pasal UPSR ni...
kelas abg zack pecah rekodkan cz 7 adik2nye dpt 4As for that year.korg ingat x cara abg umumkan result UPSR tu.mula dari yg kurang A sehingga la yg dpt all A.berdebar2 betul. 7 org yg terakhir tu haku ingatkan dpt B for all subjects.rupe2nye 4 As.hahaha....cuak!!!

pengawas...  

Posted by ibuaulia

salam,
satu lagi kenangan yg aku xleh lupa bila kita sekelas diberi PENGHORMATAN tuk jadi pengawas tuk sejam dua kot cz sume cikgu2 kena meeting tergempar agaknye..
kump aku kena jaga kelas darjah satu...(darjah!!!dah lama x tgk wording ni)..
yg watkan aku xleh lupa ialah kami suruh bebdk tu nyanyi satu kelas.apa lagi kena sound le..rasanye cikgu maimun yg sound suruh berhenti...hehehe
budak2....

mASak2...  

Posted by ibuaulia

salam,
korg ingat lg x kita pernah wat pertandingan masak2 kat hujung padang belakang blok kelas kita dulu.kump haku masak mee maggie siap ada lauk ayam goreng seketul tu...korg ingat x???
kump korg masak ape?lu pk la sendiri...hahahaaa...

ZooRO....Jeng3...also pelita minyak....  

Posted by ibuaulia

Salam,
rasa2nye x tau la korg hingat haku lg ke x?
Azlina Hani Othman..bdk pompuan yg paling x menonjol dlm kelas kita...
anyway hi to all..
dulu mungkin korg ade yg panggil haku ina @ hani.but now i'm known as honey..hehehe....
ina tu cuma tuk my sibblings je kot..
hubby pun panggil hani...ke honey.....huhuuhu...
bila korg dah start story kat cni baru la haku bleh recall balik almost all my memories with u guys..
tapi satu lg story yg haku x bleh lupe is bila abg zack jadi zorro tiap2 petang cz nak kita sume concentrate on our studies especially for UPSR...ade je yg kena kantoi...
tapi segala jasa cikgulah yg telah membawa kami ke jalan2 yg kami harungi skrg..
bak kata abg zack tentang pelita minyak..korg hingat lg x?
kalu ade sapa2 yg hingat bleh la continue ye..(haku malas nak quote benda yg aku x pasti)
tapi yg paling sedih sekali sebenarnye aku dah kehilangan pelita yg abg kasi pada sume adik2nye..korg ade lg x?
bleh la mula menggali segala kenangan masa di skj dulu...hehehe
all the best to all...

my hubby and me on the 15th of Jan 2005

my only daughter Nur Aulia Farzana born on the 17th of Sept 2007

Salam Perkenalan  

Posted by aedybesh

Aku yang Berbaju PinK
hmm... comey-comey masa nie hahahahaaa
Aku tengok gambar nie aku teringat suasana kelas kiter cam maner
p/s gambar nie aku korek korek dalam stor masa balik ipoh minggu sudah

hmmm... tak tahu nak mula kat maner, maybe aku yang paling tak menonjol kot dalam siri penjelajahan back to the future 6M4, anyway salam perkenalan kepada sahabat sahabat semua, dah lama tak jumper n aku sangat bersatuju nak wat ad-hock reunion ujung tahun nie... so LEHA manage it ok, aku mennyokong dari blakang.. hahahahaaa. Oit anak ANI aper citer skang sonyap jer dah dekat 2 thn tak jumper, tuh la memasing dah kawin, aku rindu nak kuar ngeteh ngan ko n BaB mcm dodulu... sahabat yg lain maybe leh keep in touch lepas nie... okies chow cin chow


p/s oooo azri ko dok ingat lurah demdam erk.. aku rasa aku tau saper kepala dia.. aner AZAM skang erk... dah jadi orang kaya FOREX trader ker?


ADIOS

Al-fatihah  

Posted by Lily

Dan setelah di'remind' oleh Azri, kita pernah kehilangan 2 orang ahli 6M4 (as young as 12-13 years old), arwah Nor Baizura dan arwah Azmawati. Azmawati tak silapnya meninggal sebab leukimia and Nor Baizura sebab kemalangan jalan raya (I stand corrected if I am wrong, that is as far as my memory serves me right)
Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah pada kedua-dua arwah, semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman.
Amin!

Faizar Melati.  

Posted by reformist101

Masih ingatkah anda semua dengan awek cun yang bernama klasik ini? Tak ingat ek. Aku bagi klue lagi. Budak pompuan yang paling tinggi dalam kelas kita dan juga GS dalam skuad bola jaring SKJ. Antara pelajar kesayangan Cikgu Maimun. (Cikgu Maimun adalah pengurus skuad bola jaring SKJ)

Tak silap aku, dia telah berpindah sekolah pada masa cuti pertengahan tahun. Tak silap aku jugak, dia pindah ke Kg. Pasir Puteh, Ipoh. Selain dengan Norohaimey, aku ada lah crush dengan Melati jugak. Huhuhu. That's why aku ingat sangat dengan dia ni. Even thou aku ni hobbit, tapi high taste jugak ek.

So baru kejap tadi. aku menggoogle nama Faizar Melati ni. And guess what! I did found her! Huhuhu..

Dia kini bekerja di LPPKN Ipoh. Siapa tahu opis LPPKN Ipoh ni kat mana? Aku ingat nak cari dia lah. Nak menjalinkan hubungan yang telah lama putus. Huhuhu.

So to Melati. Wait for me eh!


Nota kaki: Norohaimey telah pun berumahtangga pada tahun lepas. Suaminya happens to be my classmate masa darjah 1-3 dahulu di SRK Sri Kinta and my dormates masa di Sekolah Izzudin Shah dulu. What a small world!

Kapsul Masa 6M4  

Posted by reformist101

Gambar di atas sudah semestinya bukan jenis kapsul masa 6M4


Dah jenuh aku melayari web news dan blogs berkaitan dengan by-election Permatang Pauh. Tetiba aku rasa elok jugak aku meraban dalam blog ni. Aku ingat aku nak menulis satu mengenai diri aku, tetapi aku teringat pada satu peristiwa yang berlaku pada hari terakhir persekolahan di SKJ tahun 1992 dulu.

Seingat aku, kelas kita ada menanam apa yang dikatakan kapsul masa. Cuma ianya bukanlah berbentuk kapsul. Tapi berbentuk kotak. Aku tak pasti sama ada kotak itu kotak plastik atau pun kotak dari kertas keras.


Tapi apa yang aku ingat adalah kandungan dalam kotak itu. Dalam kotak itu ada wishlist dari semua budak 6M4. Wishlist ini adalah harapan kita pada Malaysia untuk tahun 2020. Dan kita juga telah nyatakan, kapsul masa ini akan digali kembali pada tahun 2020 nanti.

Cuma ada 2 perkara yang merungsingkan aku. Yang pertama ialah apa yang aku tulis dalam wishlist tersebut. Yang kedua ialah di mana kita tanam kapsul masa tersebut.

Untuk soalan yang kedua. Siapa yang ada jawapannya, mungkin boleh berkongsi sesama kita. Manalah tahu kot-kot kita boleh berjumpa balik.


P/S: 16 September, a new dawn for a new government. Huhu...

Hebat la korang!  

Posted by Lily

Wah, aku tak sangka kawan2 aku ni sumer memory power2...kagum aku...agaknya ni lah impact cikgu razak dalam kehidupan student 6M4..hebat, cam cikgu onizuka..hehehe
Aku pun cam zarir gak -anak mak, so aku tak pergi kampung cikgu razak...tapi darjah 6 memang syok la pokok pangkalnya...those were the days where we enjoy schooling years, petang pergi kokurikulum pun tak kisah punya...Kelas kita tu bukan macam kelas, tapi dah customized macam rumah sendiri! Ada tempat salin baju lah, ada pokok-pokok buluh la...nak cantikkan kelas punya pasal sampai cikgu pun dah terkena kipas..Mau tak panik masa tu, darah menitik2 jatuh.
Ramai2 student gi melawat dia...kat rumah sewa (aku rasalah) depan surau taman jati tu...Penuh lah rumah tu ngan anak2 murid cikgu razak...tapi insiden tu memang scarry la..
Bercakap pasal cikgu Maimun, kelmarin aku baru jumpa dia...'ter'jumpa..(hehehehe), just so happened kawan aku tu anak sedara cikgu Maimun...(nasib baik aku ni tak terlepas apa2)
Aku skang keja kat Ipoh...sapa2 balik ipoh nanti boleh la lepak2 minum...Menjawab soalan zarir, aku tak kawin lagi...bila? selalu kalau orang tanya, aku jawab esok..Baru 28 ya tak? hehehe..
Sapa2 yang ada no phone kawan2 darjah 6 dulu, tak pun email add ker, bagi la kat aku...boleh aku add dalam ni.
Ciao!

mana menghilangnya yang lain....  

Posted by Zaryr

hmmm... tak leh la nak join korang borak pasal balik kpg abg zack.. coz aku tak ikut..aku nih kan anak emak, so tak biasa tido tempat org.. hehehehehe... itu time kecik2 dulu la, tapi skarang ni Alhamdulillah, byk tempat org aku merantau.. last skali g jepun end of last month.... apa pun, Malaysia lagi best..!! anyway, korang dah try ker war war kan pada yg lain2.. dari semasa ke semasa nampak cam makin bertambah org jekk.. aku yakin tak lama lagi mungkin meriah la blog nih, dipenuhi dgn coretan2 dari bekas pelajar kelas 6M4... tahun persekolahan yang hebat dipenuhi dengan kenangan2 yang indah... cuma yang tak best nyer, aku tak der pun gambar time darjah 6 dulu..maklum la, time tu takder kamera.... ramai gak yg aku tak ingat, lebih2 lagi bila tgk pic yg ayie post kan.. ada la sorang dua muka yg betul2 familiar buat aku la... contohnya, Nurilyani Nordin..hahahahah... dah ada anak sorang ekk.. yg lain2 aku perasan muka haz, lily shazreena, mala suria, hafes, syahman, imanuddin, e'fa, syed endi, fauzi, rasdi shahrin, nurul huda, azilah, shida, azlina hani, norulhaimey, hasrina.. the rest still didn't ring the bell even though i tried to remember them.. jgn kecik hati ekk.. mungkin jugak ada antara korang yang tak ingat kat aku jugak.. biasa la, kita manusia kerdil penuh dgn kelemahan.. e'fa dengarnya baru dapat baby.. azam plak dah ada anak 1.. syahman plak tak pasti, rasanye skarang nih dah berjaya dgn business unit trust nye..shuhaidi plak anak mungkin nak masuk 2 kot.. atau mungkin masih lagi sorang.... anyway, berapa ramai lagi actually yg masih solo?? takder sapa pun yg cerita pasal background diri masing2... ayie, kau dah kawen ker blom?? wah wah.. bukan main kau gatal nak intai lurah ekk... sengal!! hehehehe... lilly shazreena, cik puan lawyer kita nih pun blom introduce kan diri lagi.. dah kawen ker? anak berapa? anyway, pasal cadangan utk mini re-union kelas kita ujung tahun nih aku setuju sgt2.. tak payah buat grand2, asalkan matlamat utk kumpulkan seberapa ramai bekas2 pelajar kelas 6M4 tercapai... another thing, korang ada tak inform kat Abg Zack pasal blog nih.. dah lama tak baca coretan dari abang kesayangan kita tuh.. Abang Zack, kalau berkesempatan, coret la sesuatu utk kami di perantauan ni.. paling tidak, dapat jugak layan senyum sorang2 sambil baca coretan teman2 lama sambil mengimbau kenangan silam.... ok la beb, aku kalau dah menulis cenggini la, byk yg mengarut dari berisi.. jaga diri & ikhlas dalam apa jua pekerjaan... Assalamualaikum...

....  

Posted by blueroses

Amboi Ayie...ingat lagi ek kenangan kita pi umah cikgu razak dulu. Haz penah pi kg cikgu 2 kali. First masa kita pi ramai2 tu la...then 2nd masa kenduri kawen cikgu. Haz sorang2 student pompuan dia yg pi kenduri n tido kat umah dia. Masa kenduri tu..tak silap nurul huda ada dtg ngan family dia. Eh, cakap pasal kawen, korang pegi tak kenduri Rina? Haz tak leh pegi sbb kene pi Kuantan waktu tu...

Zarir, haz still kat UNITEN lagi...keje as a Project Engineer...ni dah dkt 2 1/2 thn la keje kat sini... Nama jer engineer...tp semua keje kene buat..hehehe...

Semlm haz dok tgk la gambar yg ada dlm blog nih...rupa2nya ramai jugak yg haz dah tak ingat. Yg haz ingat korang la..zarir, ayie, lily shazreena, lily idayu, yani, emy, linda, syida,...pastu ada la beberapa org lagik... tp yg selalu haz contact ayie n yani. Sebelum ni la....pastu ada la berym ngan lily shazreena. But sometime got confused with other friends from my secondary schools...hehehe.. Erm... semlm bersms ngan cikgu razak...dia baru jer balik bercuti dr Jakarta...bkn main lagi dia berjalan...

Hopefully kita boleh arrange our reunion by end of this year. Ataupun...kita arrange pre-reunion utk kita-kita jer dulu...sbg ad-hoc committee...so, guys...please give your brilliant idea how to manage this big event for our class....heheheeh...adiossss

Kisah Di Kampung Temelong (Telemong???)  

Posted by reformist101

Antara kenangan yang aku tak boleh lupakan, adalah trip kita ke Kampung Temelong. Kampung Abang Zack. Tak silap aku kita stay dalam 3 hari. Dan tak semua yang terlibat dalam trip tu.

Perjalanan dimulakan dengan menaiki bas pendek Perak Roadways ke Pekan Lenggong. Masa mula sampai tu, tak silap aku ada pasar pagi kat pekan tu. Then, kita naik van sapu, terus gi umah abang.

Budak lelaki duk tingkat atas. Budak pompuan duk tingkat bawah. Yang kelakar tu, dari tingkat bawah, budak pompuan duk skodeng budak laki, sebab ada gap antara papan2 lantai atas umah abang. Huhu.. Agak2 kalau masa skang ni, aku nak je usha lurah. Hahaha...

Then, kita gi berkelah di Lata Kekabu. Best giler. Memang cantik tempat tu. Siap panggang ikan. Pastu aku ingat lagi, kat kampung abang, kita gi cari pucuk paku ngan buah setar (mempelam kecik). Best2.

Memang tak boleh lupa. Pastu memalam, kita main Lingo. Antara jawapan yang masih aku ingat ialah MOTIF. Huhuhu..

Then, abang lak buat citer hantu. Punya la takut nak tido masa tu. Terkumat-kamit baca Ayar Qursi. Apa lagi ek.. Sesapa tolong ingatkan aku....

P/S: Lily.. Tolong tuka layout ni.. Pakai layout seluar jeans tu pun takpe..

Salammmzzzzz....  

Posted by blueroses

Assalammualaikum...

Firstly, sorry sbb lambat join this blog. Dpt sms drp Ayie last week, but then masa tu outstation kat Kuantan the whole week. Bawak laptop tp malas nak lepak kat lobi sbb kat lobi jer available internet connection. Today br masuk ofis balik.

Thanks to Lily sbb berusaha keras set up this blog. Lepas ni leh la semua org jd blogger plak. Hopefully lepas nih ramai lagi la yg join...nnt haz cuba ajak member2 lain.

Korang semua citer pasal kenangan kat sekolah dulu ek...haz ni byk kenangan..tp bila bab nak terjemahkan dlm tulisan ni...kureng la skit...For your information, Abang (Cikgu Razak) dah ada 6 anak kalau tak silap la...last jumpa dia bln mac masa dia dtg umah haz utk celebrate my besday. Tp dia cuma dtg mkn jer la..dia ingatkan ada kenduri...tgk2 ada kek...siap leh tanye sapa punye besday...cisss....sudah lupa besday haz la tu...hehehe...

oklah...nnt haz sambung la cerita kenangan kat sekolah dulu...HAAAAAAAA.....semlm haz pi interview untuk KPLI. Soklan yg dia tanya adalah kenangan anda di zaman persekolahan yg masih anda ingat hingga sekarang... so..apalagi...terus la semua kenangan kat kelas kita dulu haz ingat...rasa cam nak ckp jer semua..tp sbb nak bg peluang kat org lain bercakap jugak...haz citer skit jer la...korang ingat tak cikgu razak dulu pernah kene kipas kat kepala dia...haz citer la kenangan tu n yg lain2 la..tp tak byk...

so..stop kat sini la..kang bos masuk kang naya jer....adiosssss

hello guys..  

Posted by Zaryr

hai semua, Assalamualaikum..

perasaan saya ketika mendapat sms dari Azri berkenanan Blog 6M4... saya tersenyum sorang2.. bulu roma tiba2 berdiri.. dan semua kenangan2 waktu darjah 6 dulu semua terkenang tiba2... kemudian aku tersenyum sorang2 sehinggakan isteri menyangka bahawa sms tersebut adalah dari seorang 'kekasih gelap'..hikhikhik..

teringat waktu melukis mural... kemudian teringat time Pend Jasmani, kat sudut belakang kelas 6M4 sememangnya ada tempat khas utk student lelaki menyalin baju.. tak yah g toilet nak salin baju PJ.. hahaha.. rasanya tempat tu Shuhaidi la yg punya keje... then teringat pulak time ptg slalu ada acara sukan.. bola tampar..rounders.. byk lagi la.. Kalau tak silap, aku Kumpulan Johan.. together with Hazliha and others... errkk, others tu siapa ekk...hehehe, dah tak ingat la .. then ada jugak group lain such as kiko labuyo, etc... korang ingat tak waktu rombongan ke Penang?? ingatan tu mungkin dah samar2.. tapi bagi sesetengah dari kita mungkin ada kenangan terindah yang tak dapat dilupakan waktu rombongan tu...kemudian teringat cikgu Norhadiah, our maths teacher yg garang sangat merangkap cikgu persatuan Pengakap... hehehe.. tapi kalau tak disebabkan kegarangannya, mungkin aku tak kan berada ditempat sekarang... teringat jugak kat cikgu Zainab, our lovely English teacher.. then cikgu muzik kita yang bwk kete mini club man tu.. tak ingat la nama cikgu tu.. (jgn amik hati ekk cikgu..).. then korang mesti ingat gak kat cikgu maimun.. hehehehe... last but not least, wakil pencerita sekolah kita, Lily Shazreena.... agak2 kau ingat lagi tak cerita klakar yg kau slalu ceritakan kat depan kelas dulu?? aku cuma ingat part kira duit syiling tu jek.. heheh.. ok laa.. dah lama beb tak menulis panjang2 cenggini.... anyway, skarang aku dah menetap di Shah Alam, Kota Kemuning.. keje pun area shah alam gak.. married with one wife..hehehehe.. currently wife pregnant, dah nak masuk 4.5 months.... so, kalau kebetulan ada sapa2 yg lalu kawasan shah alam nih, calling2 la ekk.. buleh la g pekene teh.. my num 012 3220404.. sampai jumpa lagi, Wassalam..

Bila Abang Zack Masuk Kelas.......  

Posted by reformist101

Back again!!! Ingat tak lagi, masa tu bukankah aku ni Chef De Mission atau nama asalnya Ketua Kelas. So aku diperintahkan untuk memberikan command apabila Abang Zack masuk kelas. Command nya berbunyi begini...

"Berdiri Kelas, Pandang Hadapan"

So, lepas aku cakap je command tu, abang akan peratikan satu kelas, melihat sama ada kita semua dalam kedudukan sedia. Sedia macam nak nyanyi lagu Negaraku. Then, bila abang bagi signal kat aku dengan gaya mengangguk, barulah aku cakap, Assalamualaikum Cikgu.

Kenangan itu tak boleh lupa tu. Ingat sampai bila-bila. Dah pukul 1 am dah, ada lagi nak cerita lagi ni. Esok aku balik Ipoh, so esok maybe aku akan bercerita pulak mengenai mengapa 6M4 dipanggil 6 Maskot M 4.

Nite2.. Bye2...

Hi again!  

Posted by Lily

Eh, eh eh ayie..siap publish aku punya email add lagi tu...Kalau aku dapat banyak spam mail, aku tau la sapa nak cari..hehehe

By the way, this blog is meant to be informal, so that we can reconnect and update others on our lives...so, please provide brief intro (duduk kat mana, kerja, dah kawin ke belum, dah berapa orang anak..etc...etc...).

Maybe boleh start dengan ketua kelas dulu? *wink!wink*

Ucaptama Chef De Mission 6 Maskot M4  

Posted by reformist101

Photobucket

Assalamualaikum w.b.t.

Aku mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana blog ini telah dapat dipublish di alam siber ini. Sekalung penghargaan kepada Lawyer, Lily Shazreena kerana beliaulah yang telah bertungkus lumus selama 8 hari 8 malam untuk memakan durian, oopss.. mewujudkan blog ini.

Tujuan blog ini diadakan adalah bagi mengumpulkan kembali rakan-rakan kita yang berada entah di mana agar dapat dihimpunkan supaya kita dapat melaksanakan agenda kita yang seterusnya. Aku percaya ramai di kalangan kita yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Ada yang telah berlaki, ada yang telah berbini dan ada pula yang telah beranak. Huhuhu...

Justeru, perlu bagi kita untuk kembali berjumpa sesama kita. Kenangan tahun 1992 dahulu, amat kita kenangi. Nostalgia itu takkan dapat kita lupakan. Apakah kita perlu membiarkan sahaja kenangan itu berlalu? Tidak wahai kawan-kawanku. Kita perlu kembali mewujudkan kenangan itu. Walhasil, satu reunion perlu diadakan bagi menjalinkan ukhwah kembali.

Jika anda ada sebarang kemusykilan, pandangan atau cadangan. Sila hubungi aku di talian, 013-3919710 atau emelkan ke reformist101@gmail.com atau layari komuniti forum aku di http://www.mymesra.net.my/forum

Ataupun hubungi tuan punya blog iaitu Lily Shazreena. So, aku harapkan kepada semua agar dapat mewar-warkan blog ini kepada rakan-rakan 6 Maskot M4 yang lain. Kepada Abang Zack, dah berapa orang agaknya anak abang ek...

That's all for tonite, I will update anything about our reunion program later and please if you want to be an author in this blog, just e-mail to lilyshazreena@yahoo.com.

Thanks folks.

Ahmad Azri

Welcome to 6M4 blog!  

Posted by Lily

Hi...

Welcome to 6M4 blog! It has been quite some time...14 years I supposed (makes me sound ancient!) How's all of you been doing?

Well, the setting up of this blog hopefully is to serve as a bridging measures for us to reunite (cyberly..btw, is the such a word??) and as a prep of having a reunion or gathering later, maybe. The idea came to me after a hassle in obtaining your whereabouts, addresses and phone nos. and the proposed date for the reunion (Hazliha, kindly brief on that) in respond to Azri's wish and idea of having a reunion (that guy still resumed its "Ketua Kelas" role after all this years ;)).

I could understand if many of us hardly seems to remember each other (what do you expect, it has been roughly 14 years!) thus please put up a note of introduction of yourself. I claim the apology first cos many of the names that Hazliha did mentioned to me somehow did not ring a bell!

Above all, it is just to keep us together...

Happy bloging.