Hahaha..Efa, bernafas lagi la blog ni..tapi cam dah nak idup segan mati tak mau dah.. guess ramai yang tak banyak masa nak update blog kott.. especially bila tentative event gathering tu tak jadik..
Ya, maksud aku ialah kelab orang dah kawin..that's why aku tak paham citer peluru tabur ko tu..hehehehe!!
Sorry pada ketua kelas aku tak dapat datang ari tu..aku kerja la..ni lah masalahnya orang tak kahwin lagi ni, kerja priority no 1. Anyway, congrats!
Ketua Kelas, kong hei,kong hei...tahniah ye?Dah nak kawin dah.. Kira dah ramai la yang keluar dari my club, and join Kelab Efa...Nampak gayanya, aku kena bubarkan la kelab ni tak lama lagi..
Yani, ko bila due?


Kepada semua budak2 6M4, anda semua dijemput hadir ke Kenduri Kawin aku, seperti yang telah tercatat dalam kad di atas. Pastikan kedatangan anda nanti tidak dengan tangan kosong. Hadiah perlu bernilai lebih dari RM50 ataupun salam kaut juga RM50. Huhuhu...
So majlis kawin aku ini, boleh dijadikan mini-reunion untuk kita semua. Datang, jangan tak datang. War-warkan kepada kawan yang lain juga taw...
Hai Korang,
BeEn BuSy LaTeLy, MaklUMlah..CampaiGning fOr ObAma..HahahAHaa...TaKLah, aKU Busy SikIT OrgAniSIng AnnuAL DinnER UntUK LOyeR2 Ni..DaH daLam CommITTee, nAK Buek Camno...By thE Way, Aku sEtujU la Ngan CAdangaN Haz Tu, susaH daH set Up taKKan Nak Biar BERDebu KOtt KawaN...!!!!Moh Le KiTe seSama PlaN biLa naK MaKan Ni...(aku suke part makan2 tu, part planning tu aku lemah skit...btw, aku dah add kan Siti Nadiah and Mala dalam blog ni..so, tunggu diorang accept..ramai sikit lagi meriah!
Ciao guys!!
Assalammualaikum...
Kemana menghilang korang nih? dah bersawang n berdebu dah kita punya blog nih...Harap2 janganlah blog ni terus sunyi dan sepi...
Anyway, meh kita plan kita punye reunion. Kali ni bior ler jadi ye...
Moh bagi korang punye respon...
Di kesempatan ini, saya menyusun jari memohon ampun & maaf atas perlakuan dan kata2 saya yang menyinggung perasaan anda semua sepanjang persahabatan kita.
Mohon halalkan yang termakan & terminum jika ada.
Berhati2 walau di mana pun anda berada & apa jua yang anda lakukan.
Sama ada dalam perjalanan, dalam rumah, tengah makan kuih/ketupat/rendang tok/lemang & sebagainya. Jangan sampai tercekik.
Jemputlah datang ke rumah raya nanti.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin
Guys,
Sorry coz aku tak sempat nak update the mini-reunion thread..
anyway, cadangan aku, esok ptg kita jumpa kat any 'meeting point'..then kita berangkat terus ke restoran/hotel yg kita nak berbuka.. Contohnya, esok dalam jam 4.30 kita jumpa kat PJ, then kita terus konvoi ke Kelana Jaya Seafood utk booking tempat & menu... Amacam..?? apa2 hal, call aku la ekk.. 012 3407143.. aku kira2 ada ramai gak la yg akan join..
untuk menyenangkan kerja, kita terus confirm kan event.
Event: Buka puasa & lepak2..
Date: 20th Sept 2008, Sabtu
Meeting Point: 4.30pm, Giant Kelana Jaya..(The big Giant Supermarket..). sampai calling2..
Venue: Up jadi time jumpa.. paling dekat Kelana Jaya Seafood, tak pun kita cargas ke hotel2 yg berdekatan..so far, ini list yg confirm nak datang:-
1. Zarir + keluarga
2. Shuhaidi + keluarga
3. Ayie
4. Haz
5. Yani + keluarga
6.
7.
8
apa2 hal kita berhubung melalui handphone.. andainya sehingga jam 3ptg, 20th Sept tak ada sorangpun yg berminat, then automatic cancel....
orait then, look forward your respond..
hi guys..
if u guys really want to change the venue of that special event, why not we break our fast at syuen hotel.only rm19.90/pax and rm 10.00 for children among 7-12.(by booking of course)-052538889
my collegue's going to take his family to syuen this weekend and i'll try to get his comment about the foods and services.
anything, i'll inform u guys later..
daaaaaaaa.....
A'kum...
Sejak ramai yang dah join blog ni, aku baru perasan actually ramai juga yang masih menetap kat Perak...dan ramai yang tinggal kat Perak ni tak dapat boleh nak join mini reunion bukak puasa tu..so..apa kata, kita buat di Ipoh instead? Place no prob...Since ramai yang nak balik ujung minggu ni, mungkin kita boleh buat ujung ari Sabtu ni ke...At least you guys yang travel ada place to stay, unlike those coming from Ipoh to KL.
Hanya cadangan sahaja..apa kata survey??

Salam Ramadan untuk semua.
Pagi ni aku nak bergebang tentang kenapa aku pakai songkok masa sekolah dulu. Cerita nya bermula begini. Masa aku di kelas 4M4, Zulkarnain yang mula pakai songkok. Then, bila aku tengok dia pakai songkok, aku pun terasa nak pakai. Masa tu Zul, member baik aku. Pegi sekolah sama-sama naik basikal. Basikal Kuwahara hendel fido-dido aku tu ntah mana aku pun tatau dah.
Eh, citer pasal beskal lak. Sambung balik. Then bila aku tanya mak aku, dia kasi aku pakai. So, berterusan lah aku pakai sampai ke 5M3 dan masuk kelas pandai 6M4. Huhu..
Then, korang panggil aku "Pak Haji". Hampeh lu!
hello guys,
mungkin bila korang baca topik kat atas tu korang tak paham kot, tapi bagi ahli kumpulan di atas tu maybe korang ingat sejarah kita kecik-kecik dulu. ok lah aku cerita skit, aku adalah ahli kumpulan 3 sahabat tu yg terdiri drp aku, adik(shuhaidi) dan bob (hafez). bukan kami yg tubuh group ni tapi budak2 pompuan unite yg gelarkan kami kononnya kami kat manapun slalu bersama. actually tak jugak, it was just we were from the same neighbourhood (gugusan manjoi) where most of you guys were local people (tmn meru, jati etc). back to those days, the 3 of us cycled to school together almost every day. the 3 of us jugak penah kene tahan dgn senior SKJ di pertengahan jalan konon nak pukul aku. Masa tu aku umpama Cristiano Ronaldo SKJ so byk la musuh hehe.
Apa yg aku nak bangkitkan kat sini ialah aku 3 orang ni ada dpt something drp unite, kononnya semua murid kelas 6m4 berjanji bila sampai thn 2020 nanti kita nak reunite balik kat kelas 6m4 ni and kami 3 sahabat ni mesti bawak lah benda ni bersama. Adik, ko ada simpan lagi ke benda tu? aku ada lagi ni haaa. Tapi geng Unite sorang pun tak join lagi ni. aku tunggu salah sorang unite utk bongkarkan sapa dia mereka itu dan seterusnya bersama-sama kembali mengimbau kenangan indah tu.
To UNITE members, when you are reading this, please note that i still have it with me. and please note that the moment we had together is the moment i treasure.....to Pan-pan, i miss you all, we were great together, we won many competition together ,we were the best among those....hehe :)

assalamualaikum kawan2..
i decide to open a new topic for our mini-reunion event.. suggested date and venue as below:-
date: 19th Sept, Saturday
Venue: still searching.. probably will be around Shah Alam.. harga yg berpatutan (RM around RM30 ~ RM50 / pax) dan kemudahan utk mengerjakan solat maghrib akan diutamakan...
bagi rakan2 yang berniat utk menaiki bas, sila maklumkan pada saya.. perkhidmatan bas dari ipoh ke shah alam Perak Roadways ada, turun kt seksyen 17... let me know and i'll fetch you from the bus station... sekiranya kawan2 ada pendapat yg lain, sila kemukakan pendapat anda supaya kita dapat memastikan perjumpaan ini berjalan seperti yg dirancangkan... jgn lupa bagitau kat Abg Zack dan juga rakan2 lain yg berada di luar sel/KL..
anything, you all may contact me at 012 340 7143..
salam,
aku dok ingat aper yg selalu kiter main pepetang ngan abg zack. 1st seingat aku abg zack mmg suker main 'BOLA BALING' but bebudak laki paling suker main bola jaring versi bola keranjang, hahahaaa yg laling best bebudak LURAH DENDAM la...ops jgn ader yg terasa, ader gak kiter main permainan tradisional tapi ingat2 luper aku rasa kiter penah main kot KONDA KONDI, TUJU TIN, GALAH PANJANG tul tak...
okies.... sajer jer tulis tah aper aper tah nie sbb aku tengah boring tunggu job...
Assalammualaikum...
Sorry la guys....lately mmg bz tahap dewa ke-20..heheeh...masa sebelum puasa hari tu..nak mkn pun tak sempat..so..bln puasa ni...mmg tak mkn la kan sbb dok asyik ngan keje....kerja byk bcoz projek nak tutup dah ujung bln 9. In fact, skang ni tgh prepare presentation utk esok n in the same time kene tulis report jugak..tp..sempat lagik curi masa nak tulis kat sini..sbb tgk dah makin ramai yg join...makin meriah n makin seronok tgk kita semua kat sini.
Oh..ya...lupa lak..SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA SAHABAT2 DI 6M4...
Byk kenangan yg korang citer kat sini yg haz dah ingat2 lupa....maklumla...dah berumur...hahaha.tp walau camner pun...masa bersama korang is still the best compared ngan kawan2 sekolah lain...maybe sbb kita masa tu kecik2 lagik..kalau berkawan tu mmg ikhlas takde la berkawan sbb ada udang disebalik mee...
Actually haz dah ajak beberapa org member kita..tp sori la..haz leh lupa sapa yg haz ajak...muahahah. tu la nampak sgt daya ingatan makin lemah... Lepas hp rosak hari tu...byk nombor yg dah hilang...kalau tak sebelum ni ada jer nombor syida, linda, ayu, puteri...(eh..puteri dlm kelas kita ke...ke dia kawan masa sekolah menegah ek...). Haz ada gak contact diaorg sblm ni..tak silap semua tu dah kawen n dah ada anak pun...Linda pun dah sorang anaknye...ayu pun anak sorang, syida dah kawen tp tak tau la ada anak ke blom...
Oklah...mmg byk nak tulis tp kene siapkan kerja nih..kalau tak esok kene'tembak' ngan bos besar kat TNBD. Mujur jugak haz cuma prepare slide n report tp org lain yg present...kalau nak kene tembak pun my boss yg kene tembak dulu...tp kalau dia kene tembak esok, haz pun kene tembak jugak ler bila balik opis nnt..huhuhu..(sori la melalut skit, otak tgh berpusing)
Adioss.....
Assalamualaikum..
bersempena kedatangan Ramadhan, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah Puasa kepada semua rakan2. Semoga Ramadhan pada tahun ini memberi lebih keberkatan dan rahmat pada hamba yg sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya.
besides, it's good to see more and more people are joining this blog.. insyaallah sekiranya lebih ramai yang menyertai blog ni, mungkin kita buleh sebarkan maklumat berkenaan mini-reunion dan lain2 menerusi blog ini... senang dan pantas.. hehehe... apa kata, bersempena ramadhan tahun ni, kita adakan majlis berbuka puasa tidak rasmi untuk bekas pelajar 6M4.. venue tak semestinya have to be grand.. berbuka kat kedai biasa pun tak kisah..tarikh mungkin buleh di bincangkan bersama.. yg penting, ramai2 kumpul.. anyway, terpulang pada keputusan semua, it just my 2cent...
Jumpa lagi di lain masa...
hi u olssssssss............
rentetan dari post "misi menjejak" dari webmaster tu...korang rasa selain azizah, 1 lg nama yg missing bleh jadi MOHD HANAFI tak? cuba ingat balik. tetiba nama dia ting ting kat kepala otak.
dia group dgn sapa mmg tak ingat. tp rasanya dia suka pakai spek itam kalo borink2 dlm kelas.
ayie...ko rasa dia kew 1 lg nama yg ko tak ingat tuh?
p/s : arini 30.8.08 besday baby zulaikha...oh yer...happy belated birthday to zaryr...10 ogos...btul kan? hehehehe.....
Assalamualaikum....
At last...ni baru berpeluang mencoret sesuatu. But still budak kecik datang and would like to sit together. Takut mommy dia taip benda lain kot. Wakakaka...
Mana nak mula ek...ok...citer skit ttg diri sendiri la. I'm married..to a man yg i jupe kat FRIENDSTER !! Nama dia Khairul. hehehe...tak caya? This is true story. Nikah 1st Dec 2006 & sanding on 2nd Dec 2006. Gambar kawen bleh tgk kat friendster. Next time I tampal kat blog nih. Thanx to Cikgu Zack, Cikgu Norhadiah & anaknya, Efa & Fauzi (senior kita) sbb dtg memeriahkan majlis. Masa tu Ilah pun datang dgn hubby & anak dia. Sapa lg yg dtg...tak sempat nak jumpe. Yang tak terjemput lagi ramai...minta maaf sgt2...Masa tu takde blog ni...tu yg payah nak jejak korang tu...hehehe
Skrg I dah ada sorang baby girl yg akan sambut 1st besday on this 30th August 2008. Nama dia...Nureen Zulaikha. 2nd baby? hmm....on the way...now 3 bulan dlm perut. wah....rezeki jgn ditolak...kang Tuhan tak bg langsung baru tau...
Serba sedikit masa kat 6 Maskot M4 dulu...penah jadi setiausaha kelas kot. sbb kalo nak gi rombongan, selalu jadi typewriter. dok dlm kumpulan Pan Pan. sapa yg dlm group tu ek? kalo tak silap, Ilah, Syukri, Nurul Huda...alamak, lagi dua orang dah tak ingat sapa. sori...tp yg nyata, I tak duduk sebelah Zaryr ok? takkan la cikgu nak bg i dok sebelah dia...hahahah...eh, bukan ejaan nama u is ZARIR ker? wah...
Bercerita tentang kenangan masa kat sekolah dulu...tak banyak sbb I ni mungkin orang yg pasif waktu tu. Ala2 pendiam jugak rasanya...Paling ingat, wakil sekolah gi pertandingan melukis...tu jer la kot...Menang tu ada la sekali dua...Tapi jgn marah bila setiap kali kelas lukisan, lukisan I akan ditampal kat belakang kelas. hehehe...hmm...eh, takpe ek guna I-you. Dah terbiasa dgn hubby pun ckp cantu. lagipun ringkas.
Selain tu, projek lukis mural peribahasa kat dinding setiap kelas. Ada lagi ker benda tu skrg? mcm dah takde jer...kenangan lain yg korang cerita, mmg I masih ingat. tp yg gi umah Cikgu Zack (sampai sekarang takleh nak panggil dia abg Zack) tu mmg tak join. Umur 12 tahun terlalu muda utk I ikut kawan2 gi mana2. tido umah orang lak tu. oh tidak....masa tu dah kira anak dara dah I nih....
Apa lagi nak taip ni ek? stop dulu la...sambung lagi jap lagi or esok or minggu depan...susah nak dpt free time...siang keje, mlm urus umah, urus anak & daddy dia...wanita yg dah berkahwin tentu faham...senang2 lawatlah www.krazl.com ek....ok bubye....
Hi..
Good, the more the merrier...Well, a mission to accomplish...Misi menjejak kawan2 yang tak join lagi blog ni...namely:-
Lily Idayu; Mohd Syahman; Ahmad Rasdi; Hafez; Nurilyani; Iman; E'fa; Rahman; Siti Nadiah; Najib; Syukri; Norashidamayati; Syed Endy; Rabiatul Adawiyah; Fauzi; Nor Faizura; Norohaimey; Hasrina; Roslinda; Melati; Azilah; Noor Al Azwa; Puteri Nurul Huda; Nurul Huda Ariza; Malasuria; Azamuddin.
Note: Thanks to Ayie for having a superb memory recalling the names. According to him, 2 nama missing (one he remembered mak orang tu punya nama...apa da...) Care to point out who?
bile tiba time free nie..(w/pun ade byk lg keje sebenarnye) mula la tangan ni gatal nak menaip huruf2 di keyboard yg usang ni..(bila la kolej nak kasi laptop baru)
korg still ingat x abg zack ajar ape?
x silap haku dia ajar b.m. kan..
haku rase haku ingat lg kita dpt list of essay questions..
essay yg first sekali is about surat khabar kot x pun about media massa..
entah la..tapi first paragraph sume org lebih kurang je..
mesti ada pasal cendawan yg tumbuh melata setelah hujan berhenti...hahaha
korg ingat lagi x?
essay haku tu baper kali edit da...
x lepas2...
tapi alhamdulillah berkat usaha abg yg x jemu2 menyuruh haku wat balik essay tu berkali2
haku dpt A for my b.m.
cakap2 pasal UPSR ni...
kelas abg zack pecah rekodkan cz 7 adik2nye dpt 4As for that year.korg ingat x cara abg umumkan result UPSR tu.mula dari yg kurang A sehingga la yg dpt all A.berdebar2 betul. 7 org yg terakhir tu haku ingatkan dpt B for all subjects.rupe2nye 4 As.hahaha....cuak!!!
salam,
satu lagi kenangan yg aku xleh lupa bila kita sekelas diberi PENGHORMATAN tuk jadi pengawas tuk sejam dua kot cz sume cikgu2 kena meeting tergempar agaknye..
kump aku kena jaga kelas darjah satu...(darjah!!!dah lama x tgk wording ni)..
yg watkan aku xleh lupa ialah kami suruh bebdk tu nyanyi satu kelas.apa lagi kena sound le..rasanye cikgu maimun yg sound suruh berhenti...hehehe
budak2....
salam,
korg ingat lg x kita pernah wat pertandingan masak2 kat hujung padang belakang blok kelas kita dulu.kump haku masak mee maggie siap ada lauk ayam goreng seketul tu...korg ingat x???
kump korg masak ape?lu pk la sendiri...hahahaaa...
Salam,
rasa2nye x tau la korg hingat haku lg ke x?
Azlina Hani Othman..bdk pompuan yg paling x menonjol dlm kelas kita...
anyway hi to all..
dulu mungkin korg ade yg panggil haku ina @ hani.but now i'm known as honey..hehehe....
ina tu cuma tuk my sibblings je kot..
hubby pun panggil hani...ke honey.....huhuuhu...
bila korg dah start story kat cni baru la haku bleh recall balik almost all my memories with u guys..
tapi satu lg story yg haku x bleh lupe is bila abg zack jadi zorro tiap2 petang cz nak kita sume concentrate on our studies especially for UPSR...ade je yg kena kantoi...
tapi segala jasa cikgulah yg telah membawa kami ke jalan2 yg kami harungi skrg..
bak kata abg zack tentang pelita minyak..korg hingat lg x?
kalu ade sapa2 yg hingat bleh la continue ye..(haku malas nak quote benda yg aku x pasti)
tapi yg paling sedih sekali sebenarnye aku dah kehilangan pelita yg abg kasi pada sume adik2nye..korg ade lg x?
bleh la mula menggali segala kenangan masa di skj dulu...hehehe
all the best to all...
my hubby and me on the 15th of Jan 2005
my only daughter Nur Aulia Farzana born on the 17th of Sept 2007
Aku yang Berbaju PinK
hmm... comey-comey masa nie hahahahaaa
Aku tengok gambar nie aku teringat suasana kelas kiter cam manerMasih ingatkah anda semua dengan awek cun yang bernama klasik ini? Tak ingat ek. Aku bagi klue lagi. Budak pompuan yang paling tinggi dalam kelas kita dan juga GS dalam skuad bola jaring SKJ. Antara pelajar kesayangan Cikgu Maimun. (Cikgu Maimun adalah pengurus skuad bola jaring SKJ)
Tak silap aku, dia telah berpindah sekolah pada masa cuti pertengahan tahun. Tak silap aku jugak, dia pindah ke Kg. Pasir Puteh, Ipoh. Selain dengan Norohaimey, aku ada lah crush dengan Melati jugak. Huhuhu. That's why aku ingat sangat dengan dia ni. Even thou aku ni hobbit, tapi high taste jugak ek.
So baru kejap tadi. aku menggoogle nama Faizar Melati ni. And guess what! I did found her! Huhuhu..
Dia kini bekerja di LPPKN Ipoh. Siapa tahu opis LPPKN Ipoh ni kat mana? Aku ingat nak cari dia lah. Nak menjalinkan hubungan yang telah lama putus. Huhuhu.
So to Melati. Wait for me eh!
Nota kaki: Norohaimey telah pun berumahtangga pada tahun lepas. Suaminya happens to be my classmate masa darjah 1-3 dahulu di SRK Sri Kinta and my dormates masa di Sekolah Izzudin Shah dulu. What a small world!
Seingat aku, kelas kita ada menanam apa yang dikatakan kapsul masa. Cuma ianya bukanlah berbentuk kapsul. Tapi berbentuk kotak. Aku tak pasti sama ada kotak itu kotak plastik atau pun kotak dari kertas keras.
Tapi apa yang aku ingat adalah kandungan dalam kotak itu. Dalam kotak itu ada wishlist dari semua budak 6M4. Wishlist ini adalah harapan kita pada Malaysia untuk tahun 2020. Dan kita juga telah nyatakan, kapsul masa ini akan digali kembali pada tahun 2020 nanti.
Cuma ada 2 perkara yang merungsingkan aku. Yang pertama ialah apa yang aku tulis dalam wishlist tersebut. Yang kedua ialah di mana kita tanam kapsul masa tersebut.
Untuk soalan yang kedua. Siapa yang ada jawapannya, mungkin boleh berkongsi sesama kita. Manalah tahu kot-kot kita boleh berjumpa balik.
P/S: 16 September, a new dawn for a new government. Huhu...
Amboi Ayie...ingat lagi ek kenangan kita pi umah cikgu razak dulu. Haz penah pi kg cikgu 2 kali. First masa kita pi ramai2 tu la...then 2nd masa kenduri kawen cikgu. Haz sorang2 student pompuan dia yg pi kenduri n tido kat umah dia. Masa kenduri tu..tak silap nurul huda ada dtg ngan family dia. Eh, cakap pasal kawen, korang pegi tak kenduri Rina? Haz tak leh pegi sbb kene pi Kuantan waktu tu...
Zarir, haz still kat UNITEN lagi...keje as a Project Engineer...ni dah dkt 2 1/2 thn la keje kat sini... Nama jer engineer...tp semua keje kene buat..hehehe...
Semlm haz dok tgk la gambar yg ada dlm blog nih...rupa2nya ramai jugak yg haz dah tak ingat. Yg haz ingat korang la..zarir, ayie, lily shazreena, lily idayu, yani, emy, linda, syida,...pastu ada la beberapa org lagik... tp yg selalu haz contact ayie n yani. Sebelum ni la....pastu ada la berym ngan lily shazreena. But sometime got confused with other friends from my secondary schools...hehehe.. Erm... semlm bersms ngan cikgu razak...dia baru jer balik bercuti dr Jakarta...bkn main lagi dia berjalan...
Hopefully kita boleh arrange our reunion by end of this year. Ataupun...kita arrange pre-reunion utk kita-kita jer dulu...sbg ad-hoc committee...so, guys...please give your brilliant idea how to manage this big event for our class....heheheeh...adiossss
Antara kenangan yang aku tak boleh lupakan, adalah trip kita ke Kampung Temelong. Kampung Abang Zack. Tak silap aku kita stay dalam 3 hari. Dan tak semua yang terlibat dalam trip tu.
Perjalanan dimulakan dengan menaiki bas pendek Perak Roadways ke Pekan Lenggong. Masa mula sampai tu, tak silap aku ada pasar pagi kat pekan tu. Then, kita naik van sapu, terus gi umah abang.
Budak lelaki duk tingkat atas. Budak pompuan duk tingkat bawah. Yang kelakar tu, dari tingkat bawah, budak pompuan duk skodeng budak laki, sebab ada gap antara papan2 lantai atas umah abang. Huhu.. Agak2 kalau masa skang ni, aku nak je usha lurah. Hahaha...
Then, kita gi berkelah di Lata Kekabu. Best giler. Memang cantik tempat tu. Siap panggang ikan. Pastu aku ingat lagi, kat kampung abang, kita gi cari pucuk paku ngan buah setar (mempelam kecik). Best2.
Memang tak boleh lupa. Pastu memalam, kita main Lingo. Antara jawapan yang masih aku ingat ialah MOTIF. Huhuhu..
Then, abang lak buat citer hantu. Punya la takut nak tido masa tu. Terkumat-kamit baca Ayar Qursi. Apa lagi ek.. Sesapa tolong ingatkan aku....
P/S: Lily.. Tolong tuka layout ni.. Pakai layout seluar jeans tu pun takpe..
Assalammualaikum...
Firstly, sorry sbb lambat join this blog. Dpt sms drp Ayie last week, but then masa tu outstation kat Kuantan the whole week. Bawak laptop tp malas nak lepak kat lobi sbb kat lobi jer available internet connection. Today br masuk ofis balik.
Thanks to Lily sbb berusaha keras set up this blog. Lepas ni leh la semua org jd blogger plak. Hopefully lepas nih ramai lagi la yg join...nnt haz cuba ajak member2 lain.
Korang semua citer pasal kenangan kat sekolah dulu ek...haz ni byk kenangan..tp bila bab nak terjemahkan dlm tulisan ni...kureng la skit...For your information, Abang (Cikgu Razak) dah ada 6 anak kalau tak silap la...last jumpa dia bln mac masa dia dtg umah haz utk celebrate my besday. Tp dia cuma dtg mkn jer la..dia ingatkan ada kenduri...tgk2 ada kek...siap leh tanye sapa punye besday...cisss....sudah lupa besday haz la tu...hehehe...
oklah...nnt haz sambung la cerita kenangan kat sekolah dulu...HAAAAAAAA.....semlm haz pi interview untuk KPLI. Soklan yg dia tanya adalah kenangan anda di zaman persekolahan yg masih anda ingat hingga sekarang... so..apalagi...terus la semua kenangan kat kelas kita dulu haz ingat...rasa cam nak ckp jer semua..tp sbb nak bg peluang kat org lain bercakap jugak...haz citer skit jer la...korang ingat tak cikgu razak dulu pernah kene kipas kat kepala dia...haz citer la kenangan tu n yg lain2 la..tp tak byk...
so..stop kat sini la..kang bos masuk kang naya jer....adiosssss
Back again!!! Ingat tak lagi, masa tu bukankah aku ni Chef De Mission atau nama asalnya Ketua Kelas. So aku diperintahkan untuk memberikan command apabila Abang Zack masuk kelas. Command nya berbunyi begini...
"Berdiri Kelas, Pandang Hadapan"
So, lepas aku cakap je command tu, abang akan peratikan satu kelas, melihat sama ada kita semua dalam kedudukan sedia. Sedia macam nak nyanyi lagu Negaraku. Then, bila abang bagi signal kat aku dengan gaya mengangguk, barulah aku cakap, Assalamualaikum Cikgu.
Kenangan itu tak boleh lupa tu. Ingat sampai bila-bila. Dah pukul 1 am dah, ada lagi nak cerita lagi ni. Esok aku balik Ipoh, so esok maybe aku akan bercerita pulak mengenai mengapa 6M4 dipanggil 6 Maskot M 4.
Nite2.. Bye2...
Eh, eh eh ayie..siap publish aku punya email add lagi tu...Kalau aku dapat banyak spam mail, aku tau la sapa nak cari..hehehe
By the way, this blog is meant to be informal, so that we can reconnect and update others on our lives...so, please provide brief intro (duduk kat mana, kerja, dah kawin ke belum, dah berapa orang anak..etc...etc...).
Maybe boleh start dengan ketua kelas dulu? *wink!wink*
Assalamualaikum w.b.t.
Aku mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana blog ini telah dapat dipublish di alam siber ini. Sekalung penghargaan kepada Lawyer, Lily Shazreena kerana beliaulah yang telah bertungkus lumus selama 8 hari 8 malam untuk memakan durian, oopss.. mewujudkan blog ini.
Tujuan blog ini diadakan adalah bagi mengumpulkan kembali rakan-rakan kita yang berada entah di mana agar dapat dihimpunkan supaya kita dapat melaksanakan agenda kita yang seterusnya. Aku percaya ramai di kalangan kita yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Ada yang telah berlaki, ada yang telah berbini dan ada pula yang telah beranak. Huhuhu...
Justeru, perlu bagi kita untuk kembali berjumpa sesama kita. Kenangan tahun 1992 dahulu, amat kita kenangi. Nostalgia itu takkan dapat kita lupakan. Apakah kita perlu membiarkan sahaja kenangan itu berlalu? Tidak wahai kawan-kawanku. Kita perlu kembali mewujudkan kenangan itu. Walhasil, satu reunion perlu diadakan bagi menjalinkan ukhwah kembali.
Jika anda ada sebarang kemusykilan, pandangan atau cadangan. Sila hubungi aku di talian, 013-3919710 atau emelkan ke reformist101@gmail.com atau layari komuniti forum aku di http://www.mymesra.net.my/forum
Ataupun hubungi tuan punya blog iaitu Lily Shazreena. So, aku harapkan kepada semua agar dapat mewar-warkan blog ini kepada rakan-rakan 6 Maskot M4 yang lain. Kepada Abang Zack, dah berapa orang agaknya anak abang ek...
That's all for tonite, I will update anything about our reunion program later and please if you want to be an author in this blog, just e-mail to lilyshazreena@yahoo.com.
Thanks folks.
Ahmad Azri
Welcome to 6M4 blog! It has been quite some time...14 years I supposed (makes me sound ancient!) How's all of you been doing?
Well, the setting up of this blog hopefully is to serve as a bridging measures for us to reunite (cyberly..btw, is the such a word??) and as a prep of having a reunion or gathering later, maybe. The idea came to me after a hassle in obtaining your whereabouts, addresses and phone nos. and the proposed date for the reunion (Hazliha, kindly brief on that) in respond to Azri's wish and idea of having a reunion (that guy still resumed its "Ketua Kelas" role after all this years ;)).
I could understand if many of us hardly seems to remember each other (what do you expect, it has been roughly 14 years!) thus please put up a note of introduction of yourself. I claim the apology first cos many of the names that Hazliha did mentioned to me somehow did not ring a bell!
Above all, it is just to keep us together...
Happy bloging.
Who's who
Categories
- 6M4 (1)
- majlis berbuka puasa tidak rasmi 6M4 (1)
- pelita (1)
- reunion (1)
- SWEET MEMORIES (1)
- zorro (1)
Archives
-
▼
2008
(41)
-
►
Aug
(23)
- Ramadhan Bulan Keberkatan
- boleh jadi tak????
- 'Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak! Selamat me...
- iANy dah dijejaki.... (",)
- Misi menjejak...
- bak cendawan yg tumbuh melata...setelah hujan
- pengawas...
- mASak2...
- ZooRO....Jeng3...also pelita minyak....
- Salam Perkenalan
- Al-fatihah
- Faizar Melati.
- Kapsul Masa 6M4
- Hebat la korang!
- mana menghilangnya yang lain....
- ....
- Kisah Di Kampung Temelong (Telemong???)
- Salammmzzzzz....
- hello guys..
- Bila Abang Zack Masuk Kelas.......
- Hi again!
- Ucaptama Chef De Mission 6 Maskot M4
- Welcome to 6M4 blog!
-
►
Aug
(23)



