Al-fatihah  

Posted by Lily

Dan setelah di'remind' oleh Azri, kita pernah kehilangan 2 orang ahli 6M4 (as young as 12-13 years old), arwah Nor Baizura dan arwah Azmawati. Azmawati tak silapnya meninggal sebab leukimia and Nor Baizura sebab kemalangan jalan raya (I stand corrected if I am wrong, that is as far as my memory serves me right)
Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah pada kedua-dua arwah, semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman.
Amin!

This entry was posted on 6:00 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

6 comments

Al-fatihah.

Kenangan aku masa arwah Azmawati meninggal dulu. Abang Zack datang amik aku kat rumah, atau lebih tepat lagi dekat Surau Meru2C. Masa tu aku tengah ada kelas mengaji. Seingat aku pagi Sabtu. Cuma satu perkara yang memalukan aku, zip seluar baju melayu aku tu rosak. So aku tak ziplah. Then, aku lak tak pakai spentot. Pegi lak melawat mayat arwah. Ish.. Rahsia ni takde sape yang tahu...

telus betul la member haku ni...tapi hampeh x senonoh...hehehehee....

Kisah arwah Nur Baizura meninggal cukup menyayat hati. Dia dan maknya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Arwah membawa moto masa tu. Maknya membonceng. Menurut ceritanya, entah macam mana kain maknya tersekat di rim moto, lantas moto itu gagal dikawal dan akhirnya terjatuh. Arwah dan ibunya meninggal akibat daripada kecederaan kepala. So moralnya di sini, pakailah helmet yang disahkan oleh SIRIM.

Dah bukan rahsialah namanya!Skang satu dunia dah tau.

hello guys,

fyi, selepas tamat dajah 6 aku,arwah baizura, zarir, azam,adik, rasdi dan ramai lagi budak 6m4 masuk SMKDAS. semasa form 2, aku pernah kawan baik ngan arwah baizura (hampir2 jdi cinta monyet la) tapi tak ramai yang tau kecuali adik (shuhaidi). kini dia sudah tiada lagi, segala kenangan bersamamu akan kekal di ingatan ku. alfatihah...

Al fatihah kepada arwah azimah & baizura. Semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 beriman. Amin!