Suratan atau Kebetulan  

Posted by Mohd E'fa@Bab

salam,
Tahniah pada yani yang dah dapat sorang lagi anak,seronoknya dapat anak ni memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata, apakala melihat bayi yang sangat comel seperti wajah ibunya tenang menghisap puting botol atau puting susu ibunya . saban hari melihat baby membesar, tersenyum manis seperti ibu, hidung terletak seperti hidung ayah, kening yang lebat seperti kening atuk, terasa betapa agungnya kebesaran Ilahi yang maha mencipta.
mungkin aku belum bagitau kat blog ni yang wife aku keguguran semasa pregnant 2nd baby . but its ok dah takdir kami menerima seadanya. kuasa tuhan mengatasi segalanya.

hehehe nampaknya dah ada yang mengeluh jadi cekgu. Tu baru dalam kursus belum betul betul masuk sekolah lagi. nasihat aku pada ko haz, bila dah masuk sekolah nanti pandai pandai lah bawak diri ko tu. kita org baru bila jadi cekgu kene pandai bawak diri, jangan terlalu menonjol dan jangan terlalu mandom sangat. buat yang tengah-tengah. dunia perguruan sekarang dah jauh berbeza.apatah lagi kalau kita masuk dunia cekgu ni ikut jalan KPLI. cabarannya lebih besar. kalau kita tunjukkan semua kemahiran kita, nanti semua kerja kat sekolah tu tak da muka lain yang buat. asyik- asyik muka yang sama je. itu jelah sedikit sebanyak nasihat dari cekgu yang tak muda tak tua hehe.

buat kome kome yang duduk jauh diperantauan aku rasa korang buat masa ni tak payah balik lah ke ipoh ni sebabnya leceh kene melalui banyak road block . ini semua angkara manusia-manusia berwajah rakus yang gilakan kuasa yang tak sudah. baik mereka yang disana mahupun disini semuanya pada aku hanya gilakan kuasa, wang dan kemasyhuran. Rakyat diperak ini masih ramai yang hidup menderita. gejala sosial anak muda semakin parah. kebajikan pekerja-pekerja masih tidak terbela. Budak-budak sekolah semakin hati semakin biadap dan keterlaluan, sudah tidak tahu lagi apa itu sopan dan budi. itu semua tak ada siapa yang nak bela. aku sebagai anak jati perak sesungguhnya dah muak dan menyampah dengan apa yang berlaku. maka suka aku cadangkan janganlah ada sesiapa kat sini yang cuba memperjuangkan ideologi politik mana-mana parti sekalipun. Demi keharmonian blog ini alangkah lebih baik kita bincangkan isu-isu yang lebih ilmiah seperti yang diperjuangkan oleh persatuan pengguna Islam dan sebagainya. Bagi aku kesilapan besar orang Melayu di Malaysia ialah terlalu melebihkan politik daripada perjuangan menegakkan survival bangsa.

Sekadar untuk berkongsi dengan korang, baru-baru ni aku bawak anak aku ke emergency ward di GH . semasa menunggu giliran aku terjumpa Azilah kawan kita. Pada mulanya aku langsung tak cam yang itu dia. Kemudian wife aku bersembang pulak dengan Azilah. Aku sangkakan itu kawan kepada wife aku so aku pun senyum lah pada dia. Tapi bila di senyum balik dan pandang aku barulah aku perasan yang aku kenal dia. Hehehe. Anak dia dan anak aku masuk emergency treatment pada masa yang sama. masa menunggu giliran sempat juga aku sapa ibu Azilah cekgu apatah lupalak nama dia. Terasa happy dapat jumpa kembali rakan-rakan lama, rakan-rakan dalam Pan-Pan pulak tu. dan yang lebih happy lagi, Azilah yang sekarang dah tak macam Azilah yang aku kenal dulu. Azilah yang sekarang lebih friendly, lebih manis hehe. Azilah yang dulu macam garang skit tapi tetap manis. hehe husband Azilah jangan marah laki orang puji bini dia.

Go go Pan pan ! Forever!

This entry was posted on 6:16 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

6 comments

salam...
e'fa...bukan mengeluh...cuma nak berkongsi..walaupun bz tahap cipan..tp still enjoy the life here...kat sini haz n sorang lagi member kene gelar 'lipas kudung'..hehehe.. bab tugas cikgu tu..mmg lecturer kat sini selalu ingatkan kitaorg pasal benda tu n always bg nasihat...sometime diaorg pun kesian kat kitaorg...n ada lecturer sanggup gaduh ngan pihak sekolah sbb nak defend kitaorg (termaasukla haz)...ada kes masa pi sekolah hari tu untuk pengalaman berasaskan sekolah...hahaha...guru besar tak puas hati kat haz sbb tak pi sukan sekolah dia...siap mintak surat tunjuk sbb...bg khutbah berjam-jam kat aku..ampes jer....tp lecturer sorang tu...pertahankan tindakan kitaorg...tp tula....bila masuk sekolah yang betul...kene la pandai bawak diri....

eh....teruk sgt ke kat ipoh tu? ni dah 2 bln tak balik ni...dah rindu nak mkn kat rumah...tak lalu dah mkn kedai...rindu nak jln2 kat ipoh...kat jb tak best...nak balik...nak balik...nak balik...

e'fa...portfolio untuk praktikum ada simpan? kalau ada..nak pinjam..

sorry, portfolio dah tak simpan dah, hantar ke lecturer ke atau lupus ke aku pun dah lupa...

Cikgu Latifah la nama maknya...;)

Anonymous  

mizah...aku la nurilyani tu...hehe

Anonymous  

mizah...aku la tu...siapa lagi...