SELAMAT BERPUASA  

Posted by blueroses

Assalammualaikum...

Buat kengkawan semua, selamat berhari raya bersama orang yang tersayang.... Maaf zahir dan batin...mana tau..masa zaman berhingus dulu banyak buat dosa ngan korang semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....MAAF ZAHIR BATIN

Jemputan Majlis Perkahwinan  

Posted by Lily

A'kum kengkawan,

Lily nak jemput ke majlis kahwin Lily pada 04/07/2009 (Sabtu) di rumah Lily (512, Laluan 37). Nanti Lily try uploadkan kad jemputan dalam blog. Boleh la buat mini reunion kat rumah. Sorry tak dapat nak hand over kad personally-masa suntuk, prep banyak lagi tak siap! dah panik dah pun! hahahaa..

Please treat this as my personal invitation. Tq!

6M4. Class of 92'.Where memories remains.. Where all the dreams begins!!  

Posted by @zrin

Assalamualaikum,

Maybe ramai kengkawan 6M4 yang x ingat aku coz aku mmg x glamer masa skolah dulu. Kalo ada yang ingat pun mungkin kerana 'kenakalan' aku masa skolah dulu. Mmg aku ngaku x bape rapat sgt dgn bebudak class 6M4 coz kejiranan aku dulu suma dpd class lain ..6M3 smpi 6M1 (kecuali beberapa org yang dok kat area meru 3c). So, mmg aku lebih rapat dgn kengkawan kelas lain dpd kelas sendiri masa sbb ingat nak main je masa tuh. Sbb tu, aku x heran pun kalo korang x ingat nak masukkan aku dlm list 6M4.

Memandangkan ayie dah invite aku join group nih .. aku rasa aku patut join gak coz aku pun sebhgian dpd class 6M4 92' kan .. (thanks ayie for inviting..)


Aku ngaku mmg jahat time skolah dulu ..(siap kena penampo dgn guru disiplin masa tuh ...cikgu nazri pasal gelak2 masa kat perhimpunan skolah).

Korang ingat tak budak kelas kita yang dikantoikan dgn 'abg zack' sbb main game kat arcade...? Aku le tu ... ngehehehe!! Dah la nak dekat UPSR time tu ....Aku rasa heboh satu darjah 6 pasal kes nie. Sudahnya ...aku terpaksa ponteng skolah esoknya sebab malu... Hari berikutnya time aku masa class ...ramai gak kengkawan kita yang sindir aku ...baik punya time tuh... !!xpe la ...apa nak buatkan ...mmg dah salah sendiri ....ngaku je la.

Tapi, dek kerana kes tu aku berubah....(macam dpt hidayah la plak..). Beberapa minggu sblm UPSR aku struggle gile babi... member ajak main pun aku buat dek jerk. Pikir buku je masa tu ...(walhal sblum ni x pernah tolak pun kalo member ajak main..). Mak ayah aku pun heran masa tu .. (sbb diorang x tahu aku kena kantoi ngan cikgu zack).

Akhirnya, masa result UPSR kuar ... aku mcm x percaya dpt straight A. Padahal ....aku x masuk pun dalam student target pun ... al maklumlah ...black sheep!!! Yang dpt 4A sumanya ...pengawas ...aku sorang jerk pengganas ..!!

Anyway, aku skang dah kawin but still xde anak lg..(coming soon ...insyaallah). Aku keje kat area KL and stay kat jalan klang lama. Kalo nak wat reunion ...contact2 le aku yerk ...(azrin - 0125400809).


Thanks for memories ..

P/s: Aku suggest guna facebook untuk cari balik kengkawan lama coz aku dah dpt buat reunion member skolah & member kolej dulu. This tools is cool yet powerfull. Kalo dah cukup korum ...kita buat group dalam tu plak.

Wahhh!!  

Posted by Lily

A'kum kawan2..

Wah-lamanya tak bukak blog! dah banyak entry tiba2.Yanie, tahniah dapat baby lagi. Agaknya anak you syok duk dalam lelama kott. dia tak nak kuar2..hehehe..

Guys, sorry le menghilang lama. Sibuk la skit. Kepada guru2 sumer, rasanya tak terlambat kot aku nak ucap-Selamat Hari Guru. Seronoklah korang ada hari guru. Apsal la tak der selamat hari loyer? Heeeehee..(aku tau, profession loyer ni kena kutuk je..).

Ayie-takkan la sempat komen pasal ketuanan rakyat dalam post ko..weih, tu bukan post untuk gambar kawin ke? bukannya nak introduce wife, dia nak berkempen plak..heeheehee..ada tokoh jadi politician.

(p/s: ayie pakai pink? hui...terserlah!)

(",) SELAMAT HARI GURU (",)  

Posted by MomMy_iANy

salam semua...

bersempena dgn hari guru, saya nak ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua kawan2 yg telah & bakal bergelar guru. utk itu mari kita sama2 nyanyi lagu ni...

16 Mei berulang kembali
Hari guru kita rayakan
Temanya pada tahun ini
Ke arah pendidikan cemerlang (tema time lagu ni dicipta)

Kepada guru yg kami sanjungi
Ajaran cikgu kami tak lupai
Panduan, pedoman di masa depan
Cita yg tinggi itu harapan

Pelbagai guru mengajar kami
Guru yg garang kami hormati

alamak...lupa lirik la....kira ok la tu....

p/s : korang ingat lg tak lagu ni????

6 Bulan Tanpa Cerita.  

Posted by reformist101



Assalamualaikum.

Dah hampir 6 bulan aku tak memblog di sini. Kali terakhir aku memblog adalah ketika menempek kad kawin aku. Hari ini aku tempek pulak gambo kawin. Huhuhu...

Alhamdulillah, aku dah selamatpun menjadi seorang suami. Biasalah hidup berumah-tangga ini menuntut banyak pengorbanan dan komitmen bagi menatijahkan rumahtangga yang sejahtera. Bini aku dah mengandung almost 6 months. Bunting pelamin weh! Apa nak buat, dah aku ni power renjer. :p

Bila mengenangkan isu, kemelut dan krisis di Perak, aku sebagai rakyat Perak turut bersedih. Entah bila suasana ini akan selesai. Namun, kami, rakyat Perak di perantauan sentiasa mendoakan kesejahteraan negeri kita. Bukanlah isu politik yang menjadi taruhan. Tetapi hanya mahukan keadilan dan keluhuran undang-undang dan perlembagaan itu dipertahankan.

Institusi Raja menjadi bualan, menjadi usikan. Namun ianya bukan disebabkan kesalahan rakyat, tetapi kesalahan ini terletak pada ahli politik dan leluhur Sang Sapurba. Semoga keputusan yang dicari, berjaya diperolehi. Barulah kena dengan slogan, "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Akhir kalam, kepada rakan2 6M4 yang sudi hadir dalam kenduri kawin aku, aku ucapkan jutaan terima kasih. Tak sempat jumpa korang. Tapi harapnya cendol tu korang sempat rasa. :p

Suara rakyat, suara keramat!

Suratan atau Kebetulan  

Posted by Mohd E'fa@Bab

salam,
Tahniah pada yani yang dah dapat sorang lagi anak,seronoknya dapat anak ni memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata, apakala melihat bayi yang sangat comel seperti wajah ibunya tenang menghisap puting botol atau puting susu ibunya . saban hari melihat baby membesar, tersenyum manis seperti ibu, hidung terletak seperti hidung ayah, kening yang lebat seperti kening atuk, terasa betapa agungnya kebesaran Ilahi yang maha mencipta.
mungkin aku belum bagitau kat blog ni yang wife aku keguguran semasa pregnant 2nd baby . but its ok dah takdir kami menerima seadanya. kuasa tuhan mengatasi segalanya.

hehehe nampaknya dah ada yang mengeluh jadi cekgu. Tu baru dalam kursus belum betul betul masuk sekolah lagi. nasihat aku pada ko haz, bila dah masuk sekolah nanti pandai pandai lah bawak diri ko tu. kita org baru bila jadi cekgu kene pandai bawak diri, jangan terlalu menonjol dan jangan terlalu mandom sangat. buat yang tengah-tengah. dunia perguruan sekarang dah jauh berbeza.apatah lagi kalau kita masuk dunia cekgu ni ikut jalan KPLI. cabarannya lebih besar. kalau kita tunjukkan semua kemahiran kita, nanti semua kerja kat sekolah tu tak da muka lain yang buat. asyik- asyik muka yang sama je. itu jelah sedikit sebanyak nasihat dari cekgu yang tak muda tak tua hehe.

buat kome kome yang duduk jauh diperantauan aku rasa korang buat masa ni tak payah balik lah ke ipoh ni sebabnya leceh kene melalui banyak road block . ini semua angkara manusia-manusia berwajah rakus yang gilakan kuasa yang tak sudah. baik mereka yang disana mahupun disini semuanya pada aku hanya gilakan kuasa, wang dan kemasyhuran. Rakyat diperak ini masih ramai yang hidup menderita. gejala sosial anak muda semakin parah. kebajikan pekerja-pekerja masih tidak terbela. Budak-budak sekolah semakin hati semakin biadap dan keterlaluan, sudah tidak tahu lagi apa itu sopan dan budi. itu semua tak ada siapa yang nak bela. aku sebagai anak jati perak sesungguhnya dah muak dan menyampah dengan apa yang berlaku. maka suka aku cadangkan janganlah ada sesiapa kat sini yang cuba memperjuangkan ideologi politik mana-mana parti sekalipun. Demi keharmonian blog ini alangkah lebih baik kita bincangkan isu-isu yang lebih ilmiah seperti yang diperjuangkan oleh persatuan pengguna Islam dan sebagainya. Bagi aku kesilapan besar orang Melayu di Malaysia ialah terlalu melebihkan politik daripada perjuangan menegakkan survival bangsa.

Sekadar untuk berkongsi dengan korang, baru-baru ni aku bawak anak aku ke emergency ward di GH . semasa menunggu giliran aku terjumpa Azilah kawan kita. Pada mulanya aku langsung tak cam yang itu dia. Kemudian wife aku bersembang pulak dengan Azilah. Aku sangkakan itu kawan kepada wife aku so aku pun senyum lah pada dia. Tapi bila di senyum balik dan pandang aku barulah aku perasan yang aku kenal dia. Hehehe. Anak dia dan anak aku masuk emergency treatment pada masa yang sama. masa menunggu giliran sempat juga aku sapa ibu Azilah cekgu apatah lupalak nama dia. Terasa happy dapat jumpa kembali rakan-rakan lama, rakan-rakan dalam Pan-Pan pulak tu. dan yang lebih happy lagi, Azilah yang sekarang dah tak macam Azilah yang aku kenal dulu. Azilah yang sekarang lebih friendly, lebih manis hehe. Azilah yang dulu macam garang skit tapi tetap manis. hehe husband Azilah jangan marah laki orang puji bini dia.

Go go Pan pan ! Forever!